Thursday, 5 June 2014

Kerja Kreatif Inovasi

Model tugasan hasil kerja tangan sendiri
Model: STOCKIN BEAR (>____<)

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga siapkan model tugasan kerja kreatif inovasi nie, maaf sebab diri ini tidak lah kreatif sangat, hehehe rujuk dengan En.Google dan inilah dia hasilnya ^___^ bagi yang ingin mencuba idea ini, bolehla buat dan bagi hadiah untuk adik-adik atau anak buah yea..selamat mencuba!! 

Bahan-bahan yang digunakan:
Stokin 
Jarum dan benang
Gunting
Butang baju terpakai
Kapas
Gambar model setelah siap sepenuhnya:


GAMBAR 1


GAMBAR 2


GAMBAR 3

GAMBAR 4

GAMBAR 5


GAMBAR 6


GAMBAR 7

GAMBAR 8

GAMBAR 9


 GAMBAR 10

GAMBAR 11

GAMBAR 12









Wednesday, 4 June 2014

10 GAMBAR TEKNOLOGI DAN INOVASI

1. PERCETAKAN 3-DIMENSI



Jurutera penyelidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memajukan lagi inovasi bagi sektor penjagaan kesihatan dengan menggunakan percetakan 3-Dimensi, atau percetakan 3D. Jurutera Bio-Perubatan Prof Madya Dr Edmond Zahedi dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, berkata percetakan 3D akan memberikan mereka fleksibiliti yang belum pernah berlaku dalam penciptaan alat-alat secara murah dan cepat. Percetakan 3-D dicapai menggunakan proses tambahan, dimana lapisan disalutkan secara berturut yang telah ditetakan dalam bentuk yang berbeza. Percetakan secara 3-D ini mampu mengurangkan kos dan meningkatkan keselesaan pesakit.

2. PACIFIER THERMOMETER




Alat ini merupakan salah satu inovasi untuk memudahkan pengambilan suhu badan bayi terutamanya untuk kegunaan dirumah. Ianya sangat lembut dan berbentuk 'orthodontic nipple' dan pengambilan suhu badan bayi hanya mengambil masa kurang dari 2 minit. Ia boleh merekod suhu, kalis air untuk mudah dicuci dan juga dilengkapi 'alarm' jika bayi tersebut demam.

3. SISTEM PEMANTAUAN TANDA VITAL





Bagi hospital yang mempunyai masaalah kekurangan bilangan pekerja atau alatan yang tidak mencukupi alat ini mampu membantu menyelesaikan masaalah-masaalah tersebut. Alat ini membolehkan jururawat dan doktor memantau tanda vital pesakit seperti tekanan darah, denyutan jantung dan suhu dari jarak jauh. Pesakit hanya perlu memakai alat ini dipergelangan tangan seperti memakai jam tangan dan alat ini dalah kalis air. Sebarang perubahan yang ketara dan memerlukan perhatian doktor, alat ini akan memberikan 'alarm' dan maklumat yang diperlukan akan dipindahkan melalui 'wayarless' sistem untuk direkodkan.


4. HYGREEN


Teknologi ini merupakan satu alat pencuci tangan dan pengesan.Untuk menggunakan alat ini, jururawat dikehendaki mencuci tangan mereka menggunakan sabun dengan teknik yang betul. Ini penting bagi mengurangkan risiko jangkitan bersilang kepada pesakit. Selepas selesai mencuci tangan, jururawat tersebut bolehlah mengimbas tangan mereka di bawah alat ini bagi mengukur tahap kebersihan tangan tersebut. Jika kedua-duanya telah bersih, maka alat ini akan menunjukkan 'All Clean', tetapi jika masih terdapat kawasan yang tidak bersih alat ini akan bergetar dan mengarahkan kakitangan tersebut untuk mengulangi langkah mencuci tangan. Dengan adanya alat ini, ianya dapat membantu kakitangan di hospital bagi memastikan diri mereka bebas kuman dan penyakit serta dapat menyekat penularan jangkitan kuman di hospital.

5. CELLSCOPE


CellScope merupakan satu alat penyambung yang akan disambung pada telefon pintar bagi menukarkan fungsi telefon berkenaan kepada mikroskop. Ianya mula dibina pada tahun 2006 di Universiti California. Alat ini telah dihasilkan dalam pelbagai versi bagi membolehkan ia diguna pada pelbagai benda dengan pelbagai fungsi yang berlainan. Imej – imej penyakit berkenaan akan muncul di skrin telefon pintar pengguna sama seperti imej yang muncul di mikroskop. Imej tersebut kemudiannya boleh digunakan untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor walau dimana sahaja lokasi berada. Cara ini dapat menjimatkan masa dan kos serta mudah untuk digunakan oleh sesiapa pun.

6. GOOGLE SMART CONTACT LENS

Alat yang dicipta oleh Google X Lab ini dijangka berada dipasaran dalam masa beberapa tahun akan datang. Ianya dicipta bagi memudahkan pesakit yang menghidap kencing manis untuk memantau paras gula didalam darah mereka tanpa memerlukan sebarang suntikan. Ianya bertindak dengan mengesan paras gula yang terdapat didalam air mata dan maklumat yang didapati akan direkodkan untuk pemantauan doktor. Alat ini mampu membantu mengurangkan kesakitan kesan daripada suntikan berulang yang perlu dilakukan secara rutin bagi penghidap kencing manis. Perubahan pada warna lens menunjukkan adanya berlaku perubahan pada paras gula dalam darah.

7. TELEFON ULTRASOUND

Ultrasound digunakan untuk mengimbas imej dalam badan terutamanya di bahagian abdomen contohnya untuk melihat keadaan janin, jantung dan juga saluran darah. Telefon ultrasound membolehkan seseorang itu untuk melakukan ultrasound walau dimana sahaja dia berada hanya dengan menggunakan alat yang ringkas ini. Ini dapat menjimatkan kos dan masa menunggu yang lama di hospital. Ianya mudah dibawa dan bagi klinik-klinik bergerak atau dikawasan luar bandar yang tidak mampu menyediakan peralatan yang lengkap, alat ini memainkan peranan yang penting.

8. ALCOHOOT

Alcohoot adalah sebuah alat yang dicipta untuk mengukur kadar alkohol melalui pernafasan. Ia mampu memberikan bacaan yang tepat dan boleh dibawa kemana-mana sahaja memandangkan saiz nya yang kecil dan ringan. Ianya hanya perlu dihubungkan kepada telefon pintar dan dengan aplikasi yang telah dimuat turun. Alat ini amat berguna untuk membantu pemandu membuat penilaian sama ada mereka boleh memandu atau tidak selepas mengambil alkohol. Jika paras alkohol didalam badan seseorang itu tinggi maka alat ini akan menelefon teksi secara automatik.

9. FINGER PULSE OXYMETER


Alat ini berupaya untuk mengesan kandungan oksigen yang terkandung didalam badan dan juga kadar denyutan jantung seseorang itu. Ianya kecil dan mudah di bawa kemana sahaja, mula dikeluarkan di German dan kini dianggarkan berharga di antara RM 900 sehingga rm 3000 bergantung kepada jenama.

10. ZAKY PILLOW


Alat ini direka cipta bagi memberikan keselesaan dan kehangatan kepada bayi ketika tidur. Bentuknya seakan-akan dua belah tapak tangan membantu bayi berasa selamat seolah-olah mereka dipeluk dan dijaga oleh ibu mereka. Ianya ringan dan menyerupai saiz tangan seorang dewasa. Ianya mula dikeluarkan oleh Zakeez Inc yang berpusat di Amerika Syarikat pada tahun 2007. Di Malaysia, bantal ini boleh didapati pada lingkungan harga Rm 140 sehingga Rm 250.

Saturday, 31 May 2014

10 VIDEO TEKNOLOGI DAN INOVASI


1. PIANO STAIRS



2. FUNNY HEALTH PROMOTION



3. DOCTOR'S OFFICE OF THE FUTURE



4. INSPIRATIONAL VIDEO- HOSPITAL WINDOW



5. ROBOTIC SURGERY



6.INNOVATION




7. 3-D PRINTING: A MEDICAL REVOLUTION



8. 3-D PRINTING GIVES MAN A NEW FACE AND A LIFE



9. 3-D AND 4-D ULTRASOUND



10. GOOD TEAMWORK AND BAD TEAMWORK

Saturday, 24 May 2014

Diploma Nurse dan Degree Nurse - Adakah satu perubahan atau persaingan?

“a person who graduate today and stop learning tomorrow is uneducated the day after"




Pengenalan kepada kursus ijazah sarjana muda dalam bidang kejururawatan ini merupakan langkah pertama dalam proses untuk mengangkat profession kejururawatan ini ke suatu tahap yang lebih tinggi. Pada masa ini, terdapat tujuh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menawarkan ijazah kejururawatan, melahirkan 413 jururawat berijazah setiap tahun manakala 13 universiti swasta juga menawarkan ijazah sarjana muda dalam kejururawatan dengan jumlah pengambilan 1,760 pelajar. Jumlah pengambilan bagi universiti awam dan swasta ialah 2,173 pelajar. Namun, masih ada ramai lagi orang yang keliru dengan kewujudan ijazah sarjana muda dalam jurusan kejururawatan. Ada yang merasa pelik dengan kewujudan kursus ini dan ada juga yang merasakan kewujudan kursus ini sebagai suatu yang tidak penting. Apa-apa pun pandangan orang tehadap isu ini, kebanyakan mereka yang menolak kewujudan ‘degree nurse’ ini mungkin atas dasar ketidak jelasan terhadap isu tersebut.


Terdapat dua jenis pengambilan bagi jururawat berijazah dalam perkhidmatan perubatan, iaitu bagi jururawat terlatih di bawah gred U29, U32 dan U36 bagi lulusan dengan diploma dan dengan pengalaman bekerja sekurang-kurangnya tiga tahun yang akan diletakkan pada gred U42. Pengambilan lain ialah bagi mereka dengan kelulusan Sijil Tingi Pelaran Malaysia (STPM) atau program matrikulasi yang akan menjalani kursus empat tahun dan sebaik tamat, akan diletakkan berkhidmat di bawah gred U41. Namun begitu hasrat untuk memartabatkan profession kejururawatan ke tahap yang lebih tinggi  mungkin tidak akan terlaksana apabila wujud fenomena yang seakan-akan menafikan degree nurse di hospital-hospital kerajaan hanya kerana perbezaan bayaran atau tangga gaji yang merupakan isu sampingan.




Semua orang perlu sedar bahawa kewujudan kursus ijazah sarjana muda dalam jurusan kejurawatan ini sebenarnya sebagai suatu proses penambahbaikan bidang kejururawatan dan bukan sebagai saingan kepada mereka yang berada dalam kursus diploma kejururawatan seperti kebanyakan pihak anggap. Seperti yang disuarakan Presiden Persatuan Jururawat Malaysia (MNA) Matron Ramziah Ahmad, ia merupakan objektif persatuan itu untuk melihat lebih ramai jururawat berijazah dikeluarkan di negara ini. Terdapat tiga bidang pengkhususan bagi jururawat berijazah - klinikal, pentadbiran dan pendidik. 




Cubalah kita bayangkan, jika kursus ijazah kejururawatan ini ditutup hanya kerana semata-mata terdapat pihak yang tidak bersetuju dengan bayaran yang mereka terima, apakah nasib profession kejururawatan ini di masa hadapan?? Bagaimana pula dengan nasib-nasib diploma nurse yang ada?? Adakah mereka hanya akan kekal ditahap diploma seumur hidup mereka dan tidak akan ada proses pembaikan dalam hidup mereka?? Jika ini yang akan berlaku, maka selama-lamanyalah diploma nurse ini akan menerima bayaran yang sama apabila tidak berlakunya ‘upgrading process’ dalam diri mereka. Bukankah itu akan memberi kerugian kepada profession kejururawatan itu sendiri?? Malah tidak salah kalau dikatakan bahawa perkara ini juga akan merugikan bidang kesihatan itu sendiri.




Kita sebenarnya dapat menubuhkan suatu profession yang mana akan dapat memberi impak kepada sistem kesihatan bila mana suara kita akan didengari dan diterima pakai oleh masyarakat. Sebaliknya, jika kita masih hendak mengekalkan kedudukan jururawat ini pada kedudukan kumpulan sokongan sahaja sepertimana yang berlaku pada hari ini, maka tidak akan ada satu pihak pun yang akan menerima pandangan dan cadangan kita. 

Akhir sekali, kepada semua pihak terutamanya para jururawat yang ada agar dapat berfikir dengan jelas dan baik. Sama ada kita ini degree nurse atau diploma nurse, kita sebenarnya berkongsi tujuan dan matlamat yang sama.




Wallahua’lam