Wednesday, 4 June 2014

10 GAMBAR TEKNOLOGI DAN INOVASI

1. PERCETAKAN 3-DIMENSI



Jurutera penyelidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memajukan lagi inovasi bagi sektor penjagaan kesihatan dengan menggunakan percetakan 3-Dimensi, atau percetakan 3D. Jurutera Bio-Perubatan Prof Madya Dr Edmond Zahedi dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, berkata percetakan 3D akan memberikan mereka fleksibiliti yang belum pernah berlaku dalam penciptaan alat-alat secara murah dan cepat. Percetakan 3-D dicapai menggunakan proses tambahan, dimana lapisan disalutkan secara berturut yang telah ditetakan dalam bentuk yang berbeza. Percetakan secara 3-D ini mampu mengurangkan kos dan meningkatkan keselesaan pesakit.

2. PACIFIER THERMOMETER




Alat ini merupakan salah satu inovasi untuk memudahkan pengambilan suhu badan bayi terutamanya untuk kegunaan dirumah. Ianya sangat lembut dan berbentuk 'orthodontic nipple' dan pengambilan suhu badan bayi hanya mengambil masa kurang dari 2 minit. Ia boleh merekod suhu, kalis air untuk mudah dicuci dan juga dilengkapi 'alarm' jika bayi tersebut demam.

3. SISTEM PEMANTAUAN TANDA VITAL





Bagi hospital yang mempunyai masaalah kekurangan bilangan pekerja atau alatan yang tidak mencukupi alat ini mampu membantu menyelesaikan masaalah-masaalah tersebut. Alat ini membolehkan jururawat dan doktor memantau tanda vital pesakit seperti tekanan darah, denyutan jantung dan suhu dari jarak jauh. Pesakit hanya perlu memakai alat ini dipergelangan tangan seperti memakai jam tangan dan alat ini dalah kalis air. Sebarang perubahan yang ketara dan memerlukan perhatian doktor, alat ini akan memberikan 'alarm' dan maklumat yang diperlukan akan dipindahkan melalui 'wayarless' sistem untuk direkodkan.


4. HYGREEN


Teknologi ini merupakan satu alat pencuci tangan dan pengesan.Untuk menggunakan alat ini, jururawat dikehendaki mencuci tangan mereka menggunakan sabun dengan teknik yang betul. Ini penting bagi mengurangkan risiko jangkitan bersilang kepada pesakit. Selepas selesai mencuci tangan, jururawat tersebut bolehlah mengimbas tangan mereka di bawah alat ini bagi mengukur tahap kebersihan tangan tersebut. Jika kedua-duanya telah bersih, maka alat ini akan menunjukkan 'All Clean', tetapi jika masih terdapat kawasan yang tidak bersih alat ini akan bergetar dan mengarahkan kakitangan tersebut untuk mengulangi langkah mencuci tangan. Dengan adanya alat ini, ianya dapat membantu kakitangan di hospital bagi memastikan diri mereka bebas kuman dan penyakit serta dapat menyekat penularan jangkitan kuman di hospital.

5. CELLSCOPE


CellScope merupakan satu alat penyambung yang akan disambung pada telefon pintar bagi menukarkan fungsi telefon berkenaan kepada mikroskop. Ianya mula dibina pada tahun 2006 di Universiti California. Alat ini telah dihasilkan dalam pelbagai versi bagi membolehkan ia diguna pada pelbagai benda dengan pelbagai fungsi yang berlainan. Imej – imej penyakit berkenaan akan muncul di skrin telefon pintar pengguna sama seperti imej yang muncul di mikroskop. Imej tersebut kemudiannya boleh digunakan untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor walau dimana sahaja lokasi berada. Cara ini dapat menjimatkan masa dan kos serta mudah untuk digunakan oleh sesiapa pun.

6. GOOGLE SMART CONTACT LENS

Alat yang dicipta oleh Google X Lab ini dijangka berada dipasaran dalam masa beberapa tahun akan datang. Ianya dicipta bagi memudahkan pesakit yang menghidap kencing manis untuk memantau paras gula didalam darah mereka tanpa memerlukan sebarang suntikan. Ianya bertindak dengan mengesan paras gula yang terdapat didalam air mata dan maklumat yang didapati akan direkodkan untuk pemantauan doktor. Alat ini mampu membantu mengurangkan kesakitan kesan daripada suntikan berulang yang perlu dilakukan secara rutin bagi penghidap kencing manis. Perubahan pada warna lens menunjukkan adanya berlaku perubahan pada paras gula dalam darah.

7. TELEFON ULTRASOUND

Ultrasound digunakan untuk mengimbas imej dalam badan terutamanya di bahagian abdomen contohnya untuk melihat keadaan janin, jantung dan juga saluran darah. Telefon ultrasound membolehkan seseorang itu untuk melakukan ultrasound walau dimana sahaja dia berada hanya dengan menggunakan alat yang ringkas ini. Ini dapat menjimatkan kos dan masa menunggu yang lama di hospital. Ianya mudah dibawa dan bagi klinik-klinik bergerak atau dikawasan luar bandar yang tidak mampu menyediakan peralatan yang lengkap, alat ini memainkan peranan yang penting.

8. ALCOHOOT

Alcohoot adalah sebuah alat yang dicipta untuk mengukur kadar alkohol melalui pernafasan. Ia mampu memberikan bacaan yang tepat dan boleh dibawa kemana-mana sahaja memandangkan saiz nya yang kecil dan ringan. Ianya hanya perlu dihubungkan kepada telefon pintar dan dengan aplikasi yang telah dimuat turun. Alat ini amat berguna untuk membantu pemandu membuat penilaian sama ada mereka boleh memandu atau tidak selepas mengambil alkohol. Jika paras alkohol didalam badan seseorang itu tinggi maka alat ini akan menelefon teksi secara automatik.

9. FINGER PULSE OXYMETER


Alat ini berupaya untuk mengesan kandungan oksigen yang terkandung didalam badan dan juga kadar denyutan jantung seseorang itu. Ianya kecil dan mudah di bawa kemana sahaja, mula dikeluarkan di German dan kini dianggarkan berharga di antara RM 900 sehingga rm 3000 bergantung kepada jenama.

10. ZAKY PILLOW


Alat ini direka cipta bagi memberikan keselesaan dan kehangatan kepada bayi ketika tidur. Bentuknya seakan-akan dua belah tapak tangan membantu bayi berasa selamat seolah-olah mereka dipeluk dan dijaga oleh ibu mereka. Ianya ringan dan menyerupai saiz tangan seorang dewasa. Ianya mula dikeluarkan oleh Zakeez Inc yang berpusat di Amerika Syarikat pada tahun 2007. Di Malaysia, bantal ini boleh didapati pada lingkungan harga Rm 140 sehingga Rm 250.

No comments:

Post a Comment