Pengenalan kepada kursus ijazah sarjana muda dalam bidang kejururawatan ini merupakan langkah pertama dalam proses untuk mengangkat profession kejururawatan ini ke suatu tahap yang lebih tinggi. Pada masa ini, terdapat tujuh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menawarkan ijazah kejururawatan, melahirkan 413 jururawat berijazah setiap tahun manakala 13 universiti swasta juga menawarkan ijazah sarjana muda dalam kejururawatan dengan jumlah pengambilan 1,760 pelajar. Jumlah pengambilan bagi universiti awam dan swasta ialah 2,173 pelajar. Namun, masih ada ramai lagi orang yang keliru dengan kewujudan ijazah sarjana muda dalam jurusan kejururawatan. Ada yang merasa pelik dengan kewujudan kursus ini dan ada juga yang merasakan kewujudan kursus ini sebagai suatu yang tidak penting. Apa-apa pun pandangan orang tehadap isu ini, kebanyakan mereka yang menolak kewujudan ‘degree nurse’ ini mungkin atas dasar ketidak jelasan terhadap isu tersebut.
Terdapat dua jenis pengambilan bagi jururawat berijazah dalam perkhidmatan perubatan, iaitu bagi jururawat terlatih di bawah gred U29, U32 dan U36 bagi lulusan dengan diploma dan dengan pengalaman bekerja sekurang-kurangnya tiga tahun yang akan diletakkan pada gred U42. Pengambilan lain ialah bagi mereka dengan kelulusan Sijil Tingi Pelaran Malaysia (STPM) atau program matrikulasi yang akan menjalani kursus empat tahun dan sebaik tamat, akan diletakkan berkhidmat di bawah gred U41. Namun begitu hasrat untuk memartabatkan profession kejururawatan ke tahap yang lebih tinggi mungkin tidak akan terlaksana apabila wujud fenomena yang seakan-akan menafikan degree nurse di hospital-hospital kerajaan hanya kerana perbezaan bayaran atau tangga gaji yang merupakan isu sampingan.
Semua orang perlu sedar bahawa kewujudan kursus ijazah sarjana muda dalam jurusan kejurawatan ini sebenarnya sebagai suatu proses penambahbaikan bidang kejururawatan dan bukan sebagai saingan kepada mereka yang berada dalam kursus diploma kejururawatan seperti kebanyakan pihak anggap. Seperti yang disuarakan Presiden Persatuan Jururawat Malaysia (MNA) Matron Ramziah Ahmad, ia merupakan objektif persatuan itu untuk melihat lebih ramai jururawat berijazah dikeluarkan di negara ini. Terdapat tiga bidang pengkhususan bagi jururawat berijazah - klinikal, pentadbiran dan pendidik.
Cubalah kita bayangkan, jika kursus ijazah kejururawatan ini ditutup hanya kerana semata-mata terdapat pihak yang tidak bersetuju dengan bayaran yang mereka terima, apakah nasib profession kejururawatan ini di masa hadapan?? Bagaimana pula dengan nasib-nasib diploma nurse yang ada?? Adakah mereka hanya akan kekal ditahap diploma seumur hidup mereka dan tidak akan ada proses pembaikan dalam hidup mereka?? Jika ini yang akan berlaku, maka selama-lamanyalah diploma nurse ini akan menerima bayaran yang sama apabila tidak berlakunya ‘upgrading process’ dalam diri mereka. Bukankah itu akan memberi kerugian kepada profession kejururawatan itu sendiri?? Malah tidak salah kalau dikatakan bahawa perkara ini juga akan merugikan bidang kesihatan itu sendiri.
Kita sebenarnya dapat menubuhkan suatu profession yang mana akan dapat memberi impak kepada sistem kesihatan bila mana suara kita akan didengari dan diterima pakai oleh masyarakat. Sebaliknya, jika kita masih hendak mengekalkan kedudukan jururawat ini pada kedudukan kumpulan sokongan sahaja sepertimana yang berlaku pada hari ini, maka tidak akan ada satu pihak pun yang akan menerima pandangan dan cadangan kita.
Akhir sekali, kepada semua pihak terutamanya para jururawat yang ada agar dapat berfikir dengan jelas dan baik. Sama ada kita ini degree nurse atau diploma nurse, kita sebenarnya berkongsi tujuan dan matlamat yang sama.
Wallahua’lam
Assalamualaikum kak lili,
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan apa yang diutarakan. Jururawat kini perlulah lebih kehadapan bagi menjadikan profesion jururawat negara kita setanding dengan negara maju yang lain. Masalah jururawat degree dan juga jururawat diploma tidak seharusnya menjadi isu kerana kedudukan jururawat sekarang kebanyakan masih berada di tampuk lama. Kementerian perlu membuka mata untuk menyerap lebih banyak jururawat degree di hospital kerajaan yang ada. Apa salahnya jika kerajaan membayar lebih untuk lepasan pelajar kejururawatan degree bekerja di hospital kerajaan kerana kualiti yang ada pada mereka. Jika kita sentiasa begini, sampai bila pun kedudukan jururawat tidak akan diikitiraf sebagai kerjaya yang profesional dan sentiasa berada dalam kumpulan sokongan.
NURUL AIN AHMAD A138927
Setuju, bidang kejurarwtn perlu ad pnmbh baikn, utk mmntpkn lg prkhdmtn indstri ksthn ngra kita
ReplyDeleteassalamualaikum...
ReplyDeletenice sharing ......alhamdulillah n jzkk.
perubahan atau persaingan? bagi saya....ianya bergantung pada individu itu sendiri bagaimana mereka memandang samada ke arah perubahan daripada tampuk bawah ke tampuk yang lebih tinggi atau mungkin persaingan pasaran.
pendapat saya, ia merupakan perubahan dalam kerjaya,,,,samada penambahan dari segi pengetahuan/teori serta kemahiran klinikal....serta secara tak langsung perubahan dalam menaikkan martabat/ profession kejururawatan itu sendiri...
persaingan bagi saya, adalah dalam pasaran, serta tahap pengetahuan sebagai degree holder lebih berbanding degree holder....lebih rasional dalam melakukan prosedur, secara tak langsung memberi persaingan kepada degree holder untuk melanjutkan pelajaran ke degree.
sekian...jzkk.
MASINAWATI BT MOHAMMAD ZAINI
A137844
Isu ini amat baik sekali dan saya sangat menyokong. Perubahan atau persaingan adalah bagaimana seseorang itu menilai isu tersebut.Bagi saya profesion dalam jururawat sememangnya perlu ade perubahan supaya sejajar dengan kemajuan teknologi semasa. Kita perlu pandang ke hadapan supaya kita juga semaju negara luar dan profesion kita akan diangkat martabatnya. Sekian terima kasih.
ReplyDeleteZulina Binti Mustafa. (A138767)
This is a good changes in nursing profession and not only for their own benefits but to the communities as well. If this is a competitive hence its a positive way as such to motivate diploma holders in nursing to further their study.
ReplyDeleteNice blog...tahniah!!semoga berjaya
ReplyDeleteSALAM.sy setuju dgn pndangan k.lili sbb bg saya hanya profession nursing yg merangkumi sume profession spt guru, ibu, kawan2 dan bnyk lagi..sbb setiap org, pndekatan dia berbeza.. jd hnya nurse yg ada sume skill tu,.. :)
ReplyDeleteHurm..realitynya kita tidak boleh lari dari perubahan. Bagi saya perlu ada perubahan dalam profesion kejururawatan bagi memantapkan lagi ilmu dan kemahiran seseorang jururawat dalam memenuhi keperluan clien & organisasi. Adanya ijazah kejururawat merupakan satu kelebihan kpd seseorang bukan sekadar untuk persiapan menempuhi dunia pekerjaan malah untuk persediaan diri sendiri dan keluarga..sekaligus ianya memartabatkan jururawat di negara kita ney setaraf dgn mereka di negara yg lebih maju..maka,ini merupakan salah satu daya tarikan bg negara kita untk mempromosikan ‘health tourism’ yg mana membantu memantapkan lg industri kesihatan negara.nurse yg berilmu n ada skill membuat clien lebih confident dgn anda,btol ??
ReplyDeletePersaingan adalah adat dalam kehidupan..bg diploma holder,x salah kalo kita bersaing secara sihat bg meningkatkan kemajuan diri kendiri dalam mempersiapkan diri menghadapi cabaran yg lebih mencabar.
Tetapi perlu diingat...walaupun anda degree holder tapi xde pengalaman langsung n anda tidak blh bekerja di alam reality adalah mutiara tiruan.
Dan walaupun anda hanya diploma holder n bnyk experiance,anda adalah mutiara tulen bak kata pepatah ‘experience is the best teacher’.hehehehe....
Juga jika anda degree holder n berpengalaman anda adalah terbaik..tetapi don’t be show off.!
Alamak,panjangnya komen...blogger jgn marah eak..hehe...
Sekadar pendapat dr hamba yg kerdil
Nice blog n gd luck..
Mecih 4 spesel kure2 tu..
Slm sy nk tnya ...kalau iv nurse utk stpm setaraf dy tnya apa selalunya...im just want to prepare...
ReplyDeletesaya pun nak tanya pasal ni..kalau sesiapa yg tahu? share sikit
Deletehai..menarik perkongsian ni.Btw tumpang ya ,sis merupakan RA atau pembantu kajian.Jika perlukan bantuan untuk menulis bagi akademik /cari jurnal or maybe critical review perspectives or thesis can wsp me at 0166371460.Sis juga menulis buku pendidikan/motivasi dan novel pendek jika nak upah boleh wsp .thnks and semoga maju jaya .
ReplyDelete